Quantcast
Channel: soulsessions
Viewing all articles
Browse latest Browse all 63

kebahagiaan

$
0
0
kebahagiaan.

kebahagiaan itu, ada denganNya.
hidup yang penuh penipuan,
penuh kebencian, 
memijak hak orang lain,
mencari kekuasaan dan darjat sesama manusia,
bermegah-megahan,
malah... menduakanNya,

aku duduk berfikir,
dengan simpati aku berfikir.
dunia ini telah berjaya menipunya.
apa erti hidup tanpa ketenangan dan kebahagiaan? 
kerana, tidak pernah aman dan nyaman hidup dalam kebencian, dalam ketamakan..
di dalam dosa-dosa yang tidak lagi mereka endahkan, 
tidakkah mereka tahu,
ketenangan itu, ada denganNya? 

ambillah semua. ikutlah ketamakan mu, ikutlah hati nafsumu.
itu hidupmu.
berbuatlah apa pun,
berkatalah apa pun,
aku langsung tidak peduli.
kerana aku tahu,
ketenangan itu, ada denganNya.

lyana-24/3/2015





Viewing all articles
Browse latest Browse all 63

Latest Images

Trending Articles





Latest Images